Monday 10 April 2017


MAKLUMAT KEMASUKAN KE SEK. MEN. TEKNIK

Tahniah dan terima kasih kerana memilih bidang Pendidikan Teknikal sebagai pilihan laluan kerjaya anda. Kami di Counseling2U akan membantu anda langkah demi langkah sebelum anda membuat keputusan kursus yang paling sesuai dengan anda. Pihak kami amat berharap agar anda dapat melalui proses ini dengan baik kerana melalui kajian kami, kegagalan pelajar membuat pilihan kursus yang tepat memberi kesan kepada pencapaiannya secara keseluruhan.


LANGKAH 1 : MENGENALI DIRI ANDA

Melalui fasa ini pelajar perlu mengenali kekuatan dan kelemahan diri serta potensi yang dimiliki. Penekanan kepada minat kerjaya, nilai kerjaya dan pencapaian . Terdapat 3 ujian psikologi yang boleh membantu anda mengenali diri anda iaitu " Self Directed Search "( SDS ), Inventori Personaliti Sidek ( IPS ) dan Inventori Nilai Pekerjaan Sidek ( INPS ). Manakala bagi mengenalpasti pencapaian, pelajar boleh menggunakan keputusan peperiksan PMR dan mata pelajaran matematik dan sains sangat diberikan perhatian.. Melalui ujian " Self Directed Search " ( SDS ) yang diperkenalkan oleh Holland telah dialih bahasa oleh Dr. Sidek Mohd. Noah merangkumi 6 bidang minat iaitu Realistik ( R ), Investigatif ( I ), Artistik ( A ), Sosial ( S ), Enterprising ( E ) dan Conventional ( C ). Melaluinya anda boleh memahami bidang yang bersesuaian dengan anda. Misalnya, jika anda termasuk dalam kumpulan minat Realistik ( R )maka kerjaya bidang Kejuruteraan adalah bersesuaian dengan anda, manakala minat kerjaya Convensional ( C ), kerjaya sebagai Akauntuan atau Juru akaun adalah bersesuaian dengan anda. Melalui kajian yang dilakukan, minat kerjaya mempunyai hubungan dengan pencapaian dan kepuasan kerja. Oleh yang demikian pelajar dinasihatkan untuk menjalankan ujian - ujian di atas di sekolah masing - masing terlebih dahulu sebelum membuat keputusan. 

LANGKAH 2 : TEROKA PELUANG ANDA 

Langkah berikutnya akan membawa anda meneroka pilihan dan peluang yang ada. Peringkat ini memerlukan anda mendapatkan pelbagai jenis maklumat berkaitan dengan bidang minat kerjaya anda. Misalnya anda berada dalam kumpulan minat kerjaya Realistik ( R ), maka apakah kerjaya kumpulan tersebut. Memahami bidang dan sub bidangnya. Memahami perbezaan diantara 3 bidang kejuruteraan, Mekanikal, Awam dan elektrikal. Mengenalpasti kerjaya dalam kumpulan kejuruteraan Awam seperti Juru Ukur Tanah, Arkitek, Pengurus Bangunan ataupun pegawai penilai hartanah. Pelajar boleh menggunakan kemudahan internet " Maklumat dihujung jari " bertujuan untuk memahami bidang kerjaya tersebut. Bila menyebut memahami, bermaksud anda dapat mendefinisikan bidang kerjaya yang dipilih, deskripsi tugas, cabaran, pendidikan lanjutan , persekitaran kerja dan pelbagai kreteria lain yang dapat memotivasikan anda untuk meminati bidang kerjaya tersebut. Counseling2U juga ada menyediakan klip-klip video yang berkaitan untuk menambah maklumat anda mengenai bidang pilihan anda. 

LANGKAH 3 : MEMBUAT KEPUTUSAN 

Langkah ke 3 , memerlukan anda membuat keputusan pekerjaan pilihan anda. Setelah selesaikan mendapatkan maklumat berkaitan dengan pekerjaan tersebut. Sila senaraikan seberapa banyak jenis pekerjaan yang bersesuaian dan menarik minat anda. Misalnya anda telah memilih 40 jenis pekerjaan yang bersesuaian dengan kod 3 mata Holland yang diperolehi melalui ujian " Self Directed Search ", dan anda telah membuat penelitian mengenai setiap pekerjaan tersebut. Kemudian anda hendaklah menyenarai pendek daripada 40 jenis pekerjaan kepada 10 jenis pekerjaan. Pemilihan dibuat berdasarkan syarat kursus, prospek kerjaya, peluang melanjutkan pelajaran, kos , minat dan potensi. Susunkan 10 jenis pekerjaan mengikut keutamaannya. Kelaskan pekerjaan tersebut mengikut kursus yang ditawarkan. 

LANGKAH 4 : TERUSKAN 

Langkah ini merupakan langkah terakhir. Setelah membuat pengkelasan kursus barulah anda kenalpasti kursus pilihan yang bersesuaian dengan minat dan pencapaian anda dalam peperiksaan PMR. Rujuk Aplikasi Online Kemasukkan ke SMT/KV  di https://sptv.moe.gov.my/ 

No comments:

Post a Comment