Monday 13 March 2017

AKTIVITI-AKTIVITI UBK
BULAN JANUARI 2017

1) Kursus Kepimpinan Pelajar Siri 2 Sesi 2016/2017


Kursus Kepimpinan Pelajar Siri 2 Sesi 2016/2017 telah dijalankan pada 20 – 22 Januari 2017 (Jumaat – Ahad) di Dewan Kuliah & Dewan Besar STTJ. Progam ini melibatkan 82 orang pelajar T5 yang memegang jawatan sebagai Majlis Perwakilan Pelajar dan Pembimbing Rakan Sebaya.
Melalui program ini, diharap pemimpin pelajar ini akan dapat:
o    Memahami konsep kepimpinan dalam memimpin diri dan orang lain;
o    Memahami ciri-ciri asas kepimpinan dan bagaimana menyerlahkan watak kepimpinan di sekolah;
o    Membina karekter kepimpinan yang holistik dalam diri pelajar;
o    Menanam keyakinan dan kekuatan diri dalam menjalankan tugas selaku pemimpin pelajar;
o    Menyemai sifat penyayang dan menghargai individu yang ada di sekeliling mereka.
Antara personalia yang terlibat menjayakan pprogram ini ialah seperti berikut:

Bil.
Aktiviti
Personalia
1
Taklimat Program
Pn. Anna Diana. Aziz
2
LDK 1: Games Ice Breaking
Cik Norsyatirah binti Abu Bakar
3
Amanat Pengetua
Tuan Haji Zulkiflee bin  Abd. Rahman
4
Senamrobik
Cik Paezah binti Hamzah
5
Ceramah: Definisi pemimpin
En. Ahmad Nzryshah bin Mohamed Khalid, Pn.  Anna Diana. Aziz, En. Azizul Ezan, Pn. Azlindah binti Ahmad
6
Bengkel: Pengucapan Awam
En.Mohd. Akhir
7
LDK 2 – LDK 5
Excite Learning Consultancy
8
Penilaian Program
Pn.  Anna Diana. Aziz

IMBASAN KENANGAN 😊😄😄





2) Kursus Pengurusan Kewangan & Pemantapan Profesionalisme Kakitangan Awam 2017


Pada 21 Januari 2017, satu program LADAP iaitu Kursus Pengurusan Kewangan & Pemantapan Profesionalisme Kakitangan Awam 2017 telah dijalankan. Di antara objektif program ini ialah:
1.     Ceramah Pengurusan Kewangan
         i.     Memupuk kesedaran kepada semua guru dan kakitangan sokongan STTJ  tentang cara menguruskan kewangan dengan menggunakan teknik yang betul;
            ii.        Semua guru dan kakitangan sokongan STTJ  boleh menggunakan beberapa cara pengurusan kewangan yang dipelajari untuk diaplikasikan bagi mengawal perbelanjaan mereka seharian;
          iii.        Semua guru dan kakitangan sokongan STTJ boleh membuat keputusan yang baik dan berkeyakinan dalam menguruskan kewangan masing-masing.
2.     Program Pemantapan Profesionalisme Kakitangan Awam
            i.        Meningkatkan profesional guru dan kakitangan sokongan;
           ii.        Menerapkan nilai-nilai motivasi, meningkatkan pengetahuan dan kemahiran profesionalisme secara berterusan dalam kalangan guru dan kakitangan sokongan STTJ;
          iii.        Memantapkan nilai dan amalan profesional serta usaha ke arah menjayakan semangat kekitaan dalam organisasi.

Program ini bermula pada pukul 8.00 pagi dengan mendaftar kehadiran 60 orang peserta yang terdiri daripada guru—guru dan kakitangan sokongan STTJ. Pada pukul 8.30 pagi, sesi pertama iaitu Taklimat Pengurusan Kewangan telah disampaikan oleh En. Amir Syahrizad b. Mohd Azizan yang berkhidmat di Bahagian Perancangan Kewangan di Bank Rakyat. Pada pukul 9.00 pagi program dihentikan seketika untuk minum pagi.

Sesi kedua bermula pada pukul 9.30 pagi di mana semua guru dan kakitangan sokongan bersama-sama menyertai aktiviti latihan dalam kumpulan. Sesi kedua ini dijayakan oleh Pn. Nor Farizah binti Padzil iaitu Jurulatih Multiskil –Viral Lab Training & Consultancy dan dibantu oleh 2 orang fasilitator. Sepanjang LDK ini, beliau memperkenalkan konsep FIS dan SMART. Konsep FIS ini bermaksud Al-Fatihah (F), Istighfar (I) dan Selawat (S). Manakala SMART pula ialah:
S – Strategi merancang
M – Mission
A – Attitude
R – Responsible
T – Teamwork
Beliau turut menekankan kepentingan ukhuwah dan hikmah di sebalik musibah. Program ini tamat pada pukul 1.00 tengah hari.

IMBASAN KENANGAN 😊😄😄







3) Minggu Serasi Pelajar Tingkatan 4 2017


Pada 23 – 25 Januari 2017 yang lalu, STTJ menerima lebih kurang 273 pelajar baharu. Oleh sebab itu Minggu Serasi Pelajar Tingkatan 4 2017 dijalankan yang bertujuan untuk: 
                                                             
1.             Memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar baharu tentang sistem sekolah menengah teknik;
2.             Memastikan para pelajar mampu menyesuaikan diri dengan sistem pembelajaran dan persekitaran sekolah baharu;
3.             Mewujudkan perasaan cinta dan sayang kepada sekolah serta dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga sekolah; dan
4.             Melatih pelajar untuk bermotivasi ke sekolah.

Antara personalia yang terlibat menjayakan program ini adalah seperti berikut:
Bil.
Aktiviti
Personalia
1
Taklimat UBK, ‘Ice breaking’, lawatan sekitar sekolah & aktiviti LDK
Pn. Anna Diana. Aziz, Cik Norsyatirah binti Abu Bakar, MPP & PRS Sesi 2016/2017
2
Taklimat Warden
En. Azizul Ezan & MPP
3
Taklimat PSS
Pn. Juliza binti Abdullah & PSS
4
Pengambilan Buku Teks
Pn. Nor Faizah binti Idris
5
Pengurusan Dirii
En. Ahmad Nzryshah bin Mohamed Khalid
6
Taklimat Akademik
Pn. Zulbaydah binti Sidek  (Guru Kanan Bidang Teknikal) dan guru-guru teknikal
7
Taklimat & Pendaftaran Kokurikulum/ Perjumpaan KP & UB
Pn. Rasidah binti Abdul Manaf & Unit Kokurikulum
8
Ceramah Penetapan Matlamat
Pn. Anna Diana. Aziz
9
Latihan Bacaan Ikrar & Lagu Sekolah
Pn. Azlindah bt Ahmad & MPP


IMBASAN KENANGAN 😊😄😄








No comments:

Post a Comment